Dia Eliza
Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 522
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“I have an offer for you.” Eliza kecilkan mata.
Bukankah semalam manusia ini beria kata tak ada kerja yang layak untuknya.
“I dah dapat kerja.” Eliza mengambil laluan tepi Qhairil untuk ke tangga.
“Kerja apa? Jaga anak orang lagi? Bila nak jaga anak sendiri?”
Baru dua anak tangga, langkah Eliza terhenti.
“Kahwin dengan I. You akan dapat anak instant dan juga anak sendiri kelak.”
Peluang yang ada, Qhairil tidak mahu lepaskan. Eliza masih bujang dan dia juga tidak terikat dengan perkahwinan. Kenapa nak bazirkan masa lagi. Mendengar itu, Eliza tertawa kecil.
“Kalau I berminat dengan offer itu, dah lama I terima dari Badlan, Qhairil.”
Tak hiraukan Qhairil yang masih cegat di bawah, Eliza terus menyusuri anak tangga.
“But you’ve rejected his offer, E. Sebab lamaran itu bukan dari I.”
Eliza berhenti di tengah laluan tangga. Separuh lagi akan sampai ke tingkat atas. Badannya berpaling ke arah Qhairil yang masih tak berganjak dari tempat dia berdiri tadi.
“Tinggi sangat level confident you ni, Qhairil.”
“You kenal I, E.” Qhairil balas dengan senyum lebar.
Dia memang begitu. Yakin itu penting. Eliza berdengus. Suka-suka Qhairil ajak dia kahwin di tengah tangga begini. Tolonglah! Walaupun dia bujang terlajak. Dah termasuk dalam golongan andartu. Ini bukan cara dia nak menerima lamaran dari Qhairil.
“Whatever your offer is, I’m not interested.”
“Hey, sombongnya!” sergah Qhairil bila Eliza panjat satu lagi anak tangga.
“I tahu you dah dapat kerja. I nak jadi klien pertama you.”
Rancangan A tak berjaya. Dia dah susun rancangan lain pula. Takkan dilepaskan Eliza dengan mudah. Sebelah kaki Qhairil menjejak anak tangga yang pertama. Tak mustahil jika dia tidak berjaya hentikan langkah Eliza dengan kata-kata, kakinya akan sampai ke atas terlebih dahulu di hadapan pintu rumah. Jangan Eliza memaksa dia melakukan perkara di luar alam. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Dia dah tak boleh tarik kata-katanya. Maju terus.