Dia Imamku

ISBN: 9789675822605
Checking local availability
RM35.00
Product Details

Publisher,SR Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 350 g
No. of Pages, 864

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

MPH BEST OF 2020 MALAY FICTION WINNER 

Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata.

“Suka kamu kata bangla. Budin ni ada kebun pisang,” tegur Nenek Bunga.

Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato’ Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cinta, Lily sanggup dibuang keluarga. Lily hidup menderita, apatah lagi bila dia disahkan mengidap kanser.

“Lily sakit ma... Lily perlukan doa mama. Lily perlukan restu mama. Tolong Lily, ma. Lily tak nak mati jadi anak derhaka. Lily nak jumpa mama buat terakhir kali.”

Dahlia bersubahat dengan Razak mengenakan sepupunya. Amiruddin menyelamatkan Humairah dari niat jahat mereka. Malangnya Rafiq tak percaya. Dia menuduh Humairah curang! Kesucian Humairah dipertikai! Demi maruah Humairah dan keluarga, Amiruddin seikhlas hati menerimanya sebagai isteri. Humairah hanya pura-pura mencintainya. Rafiq menagih cinta Humairah semula. Amiruddin dibuang dari hidupnya!

“Ambik balik cincin awak! Cincin yang layak dicampak dalam longkang aje!”

Ya Allah! Remuk hati Amiruddin. Humairah sangka cinta Rafiq, cinta sejati. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Perkara berlaku di luar jangkaan. Saat ini baru Humairah kenal cinta yang sebenar.

“Maira mintak ampun bang. Maira berdosa pada abang. Maira betul-betul menyesal. Maafkan Maira, bang.”

“Saya masih lelaki kampung yang sama. Tak ada harta. Lelaki miskin yang tak mampu beri Cik Maira apa-apa. Walaupun secebis cinta.”

Ya Allah, panjangkan jodohku dengan suamiku. Dia imamku, dia kekasihku hingga akhir nyawa. Mungkin ke hati Amiruddin sudah mati buatnya?

Customer Reviews

Based on 7 reviews
86%
(6)
14%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
a
aina sofia
Dia Imamku

i like it

Z
Zalifah bt Maturidi

Good reading and really touching.

J
Jie
JALAN CERITA YANG MENARIK

Salah satu karya terbaik dari Siti Rosmizah. Terbaik!

Z
Zaihan
Dia Imamku

Semua karya Siti Rosmizah memang bagus dan terbaik!

R
Rohani binti To'
Dia Imamku

Tidak jemu gaya bahasa yang diolah oleh penulis hingga tidak sedar air mata mengalir...
Cempaka Humairah gadis kaya yg sombong dan angkuh . Amiruddin pula jejaka kampung yg baik budi perkerti.Sikap Humairah yg berpura-pura mencintai suaminya Amiruddin dan sentiasa gunakan Amiruddin utk kepentingan hidup dia membuatkan pembaca geram.Tertarik dengan sifat sabar Amiruddin walaupun macam-macam Humairah buat dia tetap sayang dan cinta pada Humairah, isterinya💐 love till the end