Dimensi Paranormal: Makhluk Belaan (2024)
Publisher,Penerbit X
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 50 g
No. of Pages, 136
Shelf: MUTIARA MINDA / CHILDREN MALAY READERS / NOVEL
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“Makhluk yang
dijadikan daripada api ini amat angkuh dan sombong. Mereka tak akan mudah
tunduk kepada manusia. Mereka hanya mahu melampiaskan nafsu buas mereka
kemudian mereka akan melarikan diri. Dan kau takkan dapat berbuat apa-apa untuk
menghalang mereka. Begitulah bodohnya kau kerana mengikut kehendak mereka,”
ejek Hadif.
Jazrin yang baru
sahaja kematian ibunya telah berpindah ke sekolah berasrama penuh. Namun di
sekolah baru dia sering dibuli pelajar senior iaitu Qayyum, Rahili dan Romi.
Jazrin rapat dengan seorang pelajar senior bernama Hadif yang juga berasal dari
daerah yang sama dengannya iaitu Benut. Satu hari Jazrin mengikut Hadif pulang
ke rumahnya di Lembah Sendayan.
Lembah Sendayan
adalah sebuah bandar terbengkalai sejak beberapa dekad lalu dengan reputasi
sebagai kawasan yang misteri di mana banyak cerita pelik meniti di bibir
penduduk tempatan. Sewaktu berada di rumah Hadif, Jazrin telah bertemu dengan
ibunya yang telah mati. Apabila pulang ke asrama, banyak perkara pelik telah
terjadi. Romi telah hilang secara misteri, kemudian Rahili pula bersikap aneh.
Qayyum mengesyaki apa yang berlaku semua ini ada kaitan dengan Jazrin.
Hadif kelihatan
seperti mengetahui sesuatu dan merahsiakannya sehinggalah berlakunya peristiwa
yang tidak dijangka pada satu malam berdarah yang membongkar segala rahsia yang
melibatkan Jazrin, ibunya serta misteri Lembah Sendayan.