Gurukah Aku Atau...?

ISBN: 9789676118813
Checking local availability
RM24.00
Product Details

Publisher,Utusan Publications & Distributions
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Sepanjang saya bertugas sebagai pengetua sekolah (15 tahun), saya kerap membuat penyeliaan dan pencerapan di dalam bilik darjah. Melalui penyeliaan dan pencerapan itulah saya melihat kebanyakkan guru kita begitu ghairah untuk menghabiskan sukatan pelajaran sehingga terlupa memenuhi 'keperluan' pelajar ini. Lantaran itulah timbul pelbagai masalah seperti pelajar ponteng sekolah, pelajar melawan guru, pelajar bertumbuk, pelajar menggugut guru, vandalisme dan sebagainya,
 
Atas kesedaran itulah, saya menulis buku Gurukah Aku atau... ? ini. Bagi memudahkan para guru memahami mesej yang hendak disampaikan, saya olah penulisan ini dalam bentuk cerita, sketsa dan episod-episod agar tidak menjemukan. Semua yang dituliskan ini adalah episod-episod atau cerita-cerita yang diambil melalui pengalaman saya dan rakan-rakan ketika kami menjadi pendidik. Saya berharap para guru yang membaca cerita, sketsa dan episod yang dipaparkan ini akan dapat sedikit sebanyak mesej yang hendak disampaikan.

Penulisan buku Gurukah Aku atau ...? Dibahagi kepada 5 bahagian.
Bahagian pertama saya paparkan pengalaman saya semasa belajar di sekolah rendah yang masih segar di dalam ingatan. Saya menganggap hampir semua guru yang mengajar saya di sekolah rendah dahulu mempunyai ciri-ciri yang cukup istimewa. Keistimewaaan inilah yang patut kita kongsi bersama. Teknik pengajaran mereka dan sifat-sifat keibubapaan yang ditunjukkan membuatkan saya dan rakan-rakan lain tidak jemu belajar dengan mereka.

Bahagian ke-2, saya tuliskan pengalaman saya semasa belajar di sekolah menengah.
Pada peringkat umur begini (13 hingga 18 tahun) pelajar-pelajar sudah mula menganggap guru-guru sebagai rakan mereka. Boleh bergurau serta berkongsi masalah dengan mereka. Di samping itu sifat ego sudah menguasai diri pelajar. Oleh kerana itu jika guru terlalu kerap menjatuh self-esteem pelajar sudah pasti kebencian kepada guru akan bersarang. Saya harap melalui cerita-cerita dan episod yang saya tuliskan itu dapat membantu guru memahami cita rasa pelajar dalam lengkongan umur begitu.

Bahagian ke-3, saya tuliskan pula bagaimana saya mengajar di empat buah sekolah menengah. Ketika saya menjadi guru (lebihkurang 12 tahun), saya berhadapan dengan ribuan pelajar. Sepanjang tempoh tersebut saya tidak menghadapi sebarang masalah yang boleh memeningkan kepala dan membosankan saya. Pengalaman saya mengajar serta menjadi guru tingkatan dan warden asrama mungkin boleh dikongsi bersama dengan guru-guru.

Bahagian ke-4, saya paparkan cerita-cerita dan episod-episod yang ada hubung kait antara pentadbir dengan guru. Ini kerana ada di kalangan guru-guru kita sering kecewa dengan pentadbir di sekolah mereka hingga menyebabkan penumpuan terhadap tugas P & P turut terjejas dan yang menjadi mangsa adalah murid atau pelajar. Sedar atau tidak, ketegangan ini berlaku kadang-kalaberpunca daripada sikap guru itu sendiri yang tidak disedari. Saya percaya

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)