"Hei, nampaknya ada posmen datang ke rumah" Pak Akob memberitahu Pak Hamid
"Tak lain tak bukan, mesti surat budak-budak tulah agaknya. Surat siapa lagi" Pak Hamid menjawab. Dalam kepalanya sudah terbayang apa isi di dalam surat itu.
Pak Hamid menapak lebih pantas. Dia mahu segera pulang.
Ini agak menghairankan Pak Hamid, kerana kali ini dia menerima surat sedemikian. Apa maksud Rohani? Dia cuba meneka, tetapi khuatir jika tersalah teka.
Tentulah anda ingin mengetahui isi kandung surat Rohani kepada ayahnya, Pak Hamid. Mengapakah dia gagal mengungkap maksud? Semuanya akan terjawab di dalam cerpen Hati yang Luruh...