Her Own Beauty
Publisher,KARYASENI
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Kapsyen: There’s no
limit time when it is about you.
Blurb:
Cantik itu subjektif, namun mengapa manusia sering menghina
paras rupa seseorang hanya kerana dia tidak cantik? Dicaci dan dihina kerana
wajah umpama 'adat resam' di zaman sekarang. Untuk bertahan, kecekalan dan
kesabaran yang menggunung itulah kuncinya.
Dia, seorang gadis yang sering dibuli dan dipijak maruahnya
hanya kerana punya paras rupa yang tidak cantik. Ada saja cacian yang dikenakan
ke atas dirinya setiap kali mengorak langkah di khalayak ramai. Namun, sikapnya
yang berani menentang mereka itulah yang menjadi perisainya. Baginya, biarlah
buruk wajah, tetapi jangan buruk di hati.
"This is just a beginning, Amelia Clarissa. Kau tak
boleh lari selagi aku tak puas seksa kau." - ADRIAN NAVRIEL
"Buat! Buat sampai puas hati kau, Adrian Navriel!"
- AMELIA CLARISSA
Satu tragedi tak diduga berlaku menyebabkan Amelia menjadi
mangsa buli Adrian Navriel, seorang jejaka popular di universiti. Jejaka itu
bukan setakat punya wajah beku, malah tiada hati perut juga!
Kala benci dalam diri Adrian tersemai, terbit rasa cinta
apabila satu insiden berjaya membuatkan hatinya dicuri oleh Amelia. Cinta yang membuatkan
Adrian berubah menjadi lebih baik.
Namun, bahagia yang cuba digenggam, pasti ada ujian
bertimpa-timpa yang cuba merobohkan rasa tersebut. Rintangan demi rintangan
yang hadir meretakkan jurang sehinggalah Adrian berputus asa dan menghina
Amelia sekali lagi.
"Saya tak pernah cintakan awak pun. Awak adalah
perempuan paling hodoh pernah saya jumpa!" - ADRIAN NAVRIEL
Kata-kata nista menjadi duri yang tertanam di lubuk hatinya.
Kenapa lelaki itu kerap mengukir luka pada jiwa Amelia yang rapuh?
Seseorang yang sudah lama menyimpan dendam terhadap Adrian,
tetapi mengapa Amelia yang harus membayar harganya?
Baik Andrian dan Amelia, ada kesempatankah untuk mereka
berjuang walhal sudah terdampar kenyataan tentang perpisahan.
Sebuah kehilangan itu pasti kerana sedar mereka hanya untuk
menyembuhkan luka bersama, bukan untuk bahagia selamanya.
"Walaupun maut datang menjemput, awak takkan tahu
tentang kematian saya."