Kesayangan Abang

ISBN: 9789672813675
This product is not available for pickup at any store
RM27.00
Product Details
PublisherRinsya Chasiani PublicationPublication DateFormat PaperbackWeight 0.42 kgNo. of Pages

Aliya Batrisya, hidupnya tenang dan bahagia bersama tiga abangnya. Tetapi disebabkan sesuatu terjadi membuatkan abang-abangnya mengatur rancangan untuk mengahwinkan Aliya dengan jejaka pilihan mereka.

Sungguh cadangan itu sangat tidak masuk dek akalnya kerana calon suami pilihan mereka adalah musuh zaman kecil Aliya.

Gila!

“Kau bagi ubat guna-guna kan dekat abang aku?” —Aliya Batrisya

“Tak ada masa. Ingat aku terhegeh-hegeh ke nak dekat kau?” —Ahmad Uzair

“Aku, kau, kahwin? Never!” —Aliya Batrisya

“Kau jangan benci sangat, nanti dah jatuh sayang kau juga yang malu nak mengaku.” —Ahmad Uzair

Puas dia menolak tetapi kerana desakan abang-abangnya, Aliya turutkan juga. Setiap hari ada saja yang digaduhkan sehinggalah tanpa sedar Aliya mula selesa dengan kehadiran Uzair.

“What are we?” —Ahmad Uzair

“Err… husband and wife?” —Aliya Batrisya

“Then, do you love me?” —Ahmad Uzair

Uzair mendekat, Aliya mengelak. Bila sesuatu terjadi, Uzair mula mengalah. Lelah untuk terus berjuang sendirian sedangkan Aliya tidak punya perasaan.

“Buang rasa ego tu dik. Jawab dengan hati dan perasaan bukan dengan ego.” —Bariq

Mampukah Aliya membuka hatinya untuk menerima Uzair ke dalam hidupnya? Adakah Uzair berjaya untuk berebut hati Aliya?

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)