
Kristal Biru
Publisher,Kaseh Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 300 g
No. of Pages, 232
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / SAINS FIKSYEN/FANTASI
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“Dengar cakap aku dan segera pulang! Jangan berlengah lagi. Jika tidak... kau akan menyesal!”
Apa yang dia sudah lakukan? Mengapa dia diarahkan pulang? Dia hanya ke kota Derhik untuk menduduki peperiksaan bertulis pangkat emas. Melihat ramai tentera mara dan telah mengepungnya, baru dia sedar bahawa dia bukan diarahkan pulang. Tetapi tentera-tentera itu mahu menangkapnya!
Wafiy meloloskan diri daripada kepungan itu. Menunggang kudanya dengan laju untuk pulang ke kampung dengan segera. Tetapi, dendam dalam hati semakin membara apabila mendapati orang-orang kampungnya ditangkap. Dia pula tidak tahu di mana lokasi sebenar bangsanya disorokan.
“Di satu tempat yang kau sendiri tidak pernah dengar dan tahu kewujudannya.”
Ah, mustahil! Dia penduduk tetap di kawasan ini. Tidak mungkin dia tidak mengetahui setiap tempat di negerinya. Yang menjadi persoalan sekarang, mengapa bangsanya menjadi sasaran? Apa yang tentera Sarnonika mahukan daripada bangsanya yang selama ini terpinggir?
“Kau berpura-pura tidak tahu, atau kau memang betul tidak tahu?”
“Mereka mahukan kristal biru yang hanya ada pada orang-orang Aizanra?”
Kristal biru?! Batu kecil yang dia sendiri tidak tahu di mana keberadaannya dan kerana itu seluruh bangsanya menjadi tahanan! Amarah Wafiy semakin berapi. Dengan darah pahlawan yang mengalir dalam tubuhnya, dia akan berusaha menyelamatkan orang-orang kampungnya. Tetapi, ada apa dengan kristal biru yang dicari-cari oleh tentera Sarnonika? Semuanya akan terjawab dalam Rantau Aizanra.
Dimensi: 12 x 4 x 19 cm