Mahasuria: Budak Klang Bina Perniagaan di India

ISBN: 9786299868514
Checking local availability
RM45.00
Product Details

Publisher,DNI Karya Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Setinggi tahniah kepada Mahasuria atas kelahiran sebuah buku yang bakal menjadi motivasi kepada masyarakat. Apabila kita yakin sesuatu itu adalah untuk kebaikan ummah, kita menjaga keutamaan, iaitu kepada Allah, Rasulullah, suami dan anak-anak, maka segala usaha yang dilakukan, insyaa-Allah, akan berjaya. Saya doakan kisah di dalam buku ini akan mencetuskan inspirasi kepada wanita di semua peringkat kehidupan dan tahap ekonomi. Insyaa-Allah, saya yakin, buku Mahasuria: Budak Klang Bina
Perniagaan di India ini akan memberi manfaat seperti yang diidamkan oleh penulisnya.

DATUK PROF DR MUHAYA MOHAMAD
Pakar Mata dan Pencetus Inspirasi

 

Mahasuria merupakan pelajar sarjana saya yang bijaksana. Saya fikir beliau boleh mendaki puncak Everest jika mahu. Kemudian, sangat cemerlang ketika menyiapkan tesis sebagai pelajar seliaan saya. Bacalah buku ini dengan hati dan perasaan. Ia membawa bersama kisah perhubungan manusia sejagat. Ketika beliau menyerahkan manuskrip untuk saya tatap dan memberi pandangan, saya sungguh bersyukur dan membuat catatan, "Suria, tulisan yang baik. Flownya cantik dan saya terasa kelembutan di dalam
penulisan ini." la boleh melembutkan hati dan mengingatkan betapa kita hanyalah manusia biasa yang dicipta untuk membuat kebaikan tanpa henti.

DR MUHD KAMIL IBRAHIM
Penulis Best Seller & mantan Profesor Perakaunan

 

Mahasuria, satu nama yang melambangkan kekuatan, keberanian, ketabahan dan keinginan yang mendalam. Sejujurnya buku ini wajar diangkat sebagai buku inspirasi buat mereka yang ingin mencari kekuatan dan mahu mencungkil potensi diri. Saya amat mengalakkan pembaca mendapatkan buku ini. Saya juga berharap buku ini mendapat sambutan dan memberi manfaat kepada diri saya dan lebih ramai orang di luar sana.

MASITAH BINTI MOHD AFANDY (MASHY)
Pesona Inspirasi Wanita Johor & Usahawan Berjaya