Penduduk Bumi Sebelum Kita
Publisher,Hijjaz Records Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,
"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah sesuatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara kedua-duanya. Dan, daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup." (al-Anbiya: 30)
Para ilmuan berpendapat, bumi ini telah wujud lebih daripada 1000 juta tahun lampau. Tapi hal ini tidak bermakna kehidupan manusia di bumi bermula sejak itu, hanya bahagian besar daripada rangkaian kehidupan masa lalu yang hidup dan menguasai planet ini.
Kehidupan manusia dikatakan hanya wujud selepas kebinasaan mahkluk yang terdahulu; makhluk-makhluk yang acing dan tidak kita ketahui. Tapi apakah makhluk itu? Hasil penemuan daripada kubur-kubur, artifak, serta batu bertulis beserta gambar, menambah bukti bahawa kehidupan masa lalu sebenarnya pernah menghuni bumi; sebagai penduduk yang bersistem. In' termasuklah penempatan di sekitar kawasan gunung, lembah sungai dan pesisiran pantai yang membangunkan peradaban. Malangnya, semua itu seperti tenggelam dan lenyap untuk tatapan dan rujukan generasi kita. Jadi, siapakah penghuni bumi sebelum manusia?
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin,sebelum itu,dari api yang sangat panas." (al-Hijr: 26-27)
Penduduk Bumi Sebelum Kita
Penulis memulakan bukunya dengan kajian ke atas tulisan-tulisan cuneiform yang ada di Sungai Tigris dan Hieroglyph di Mesir dan persoalan mengenai kehidupan 10,000 tahun yang lampau. Perbincangan diteruskan dengan pengkisahan tempoh kewujudan manusia daripada Nabi Adam AS sehingga Nabi Isa AS dan juga berdasarkan teks-teks kuno. Banyak perselisihan antara teks-teks tersebut seperti umur dan juga perbahasan samada Nabi Adam AS pernah berjumpa dengan Nabi Nuh AS. Agak menarik juga kisah bahtera Nabi Nuh AS juga disangkal kebenaran tempat berlabuhnya. Penulis menerangkan terdapat jumpaan arkeologi dan penemuan zaman lampau yang menguatkan hujah bahawa wujudnya manusia lain sebelum Adam AS tetapi dengan fizikal yang berbeza tetapi peradaban yang dibina hancur gara-gara peperangan sesama sendiri. Penulis juga membincangkan mengenai fizikal kaum jin dalam buku ini. Penulis meneruskan dengan beberapa topik mengenai asal usul Australia dan America, kisah pelik kanak-kanak yang terjatuh ke alam lain dan melihat peradaban maju yang hampir musnah, kisah makhluk al-Hin yang bukan daripada Jin hidup sebelum turunnya Nabi Adam AS dan seperti peradaban-peradaban maju yang wujud di Madain Salleh.