ZAHRED HADRI yang membenci wanita dan ZULAIKHA NASREEN yang terdesak…
Zahred ketawa sinis. “Tolak? Berapa? Seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus bulan. Seratus bulan baru selesai? Berapa lama tu? Lapan tahun tiga bulan. Apa awak yakin selama itu awak akan terus bekerja di sini?” Sinis suara Zahred bertanya.
Zulaikha yang masih berdiri sedikit menggeletar. Dia harus kuat. Dia kena cuba dapatkan. Ini saja jalan yang dia ada.
“Saya janji tuan, atau tuan boleh potong lima puluh peratus daripada gaji saya setiap bulan. Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin.”
Dia masih mengharapkan agar Zahred setuju. Ini sahaja jalan yang dia ada dan dia sudah kesuntukan masa. Dia benar-benar mengharap ihsan Zahred.
“A night with me… Dan seratus ribu akan jadi milik awak.”
SATU malam yang merubah segalanya… Antara nyawa si emak dan maruah diri…