Rindu Yang Terucap
Publisher,IDEA KREATIF
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages,
Pengorbanan paling besar seorang Luthfia apabila dia
terpaksa mengkhianati Eshan dan berkahwin dengan Zarul. Mencintai tak
semestinya memiliki, itu yang Luthfia ratibkan saat hatinya menangis melihat
Eshan. Yang paling utama, aib perlu ditutup.
“Perempuan jijik macam kau tak layak bercakap pasal hak
dengan aku.” - Zarul
Tiga tahun bergelar isteri Zarul, dia mengusung derita. Setiap
hari dia perlu berjuang untuk terus hidup walaupun mental dizalimi dan fizikalnya
kasari.
Dan tatkala takdir menemukan dia kembali dengan Eshan,
Luthfia harus berpura-pura bahagia. Bekerja dengan lelaki itu, menjadi titik
permulaan yang menakutkan.
“Terima kasih kerana
hidup dengan bahagia.” - Eshan
Yang benar, Luthfia sendiri sudah lupa bagaimana rasanya
bahagia. Kadangkala dia rasa harga untuk mendapatkan kebahagiaan itu terlalu
mahal untuk dia bayar.
“Awak masih ada perasaan pada saya ke?” – Eshan.
“Saya hanya akan jawab soalan yang berkaitan dengan kerja saja, Encik
Eshan. – Luthfia.
“Saya anggap jawapan awak, YA.” – Eshan.
Masihkah perasaan itu sama seperti dulu? Jika masih sama,
mungkinkah dia mampu mencapai bahagia? Tapi bagaimana jika harga untuk sebuah
kebahagiaan itu adalah satu kebenaran yang sangat perit?