Saat Bulan Jatuh ke Riba
Publisher,Jemari Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,
Jangan ditanya erti rindu jika tidak pernah tahu rasanya kehilangan. Jangan ditanya ertinya sayang jika tidak pernah merasa.
Setelah luahan hatinya dipersendakan oleh Ian, Hanna hilang membawa diri. Kini, selepas dua tahun, Hanna dan Ian bertemu lagi.
“Kau hutang baju dengan aku, tau tak!” ujar Hanna.
“Hutang baju? Bila masa aku janji….”
“Ewah-ewah, buat-buat lupa pula, ya. Dahlah muntah dekat orang. Masam pula tu!” marah Hanna.
Perubahan sikap dan penampilan Hanna kini telah mencuit hati Ian. Tetapi dalam masa yang sama, Jay pula mula menunjukkan minat pada Hanna....
“Dia tu solo lagi ke?”
“Hah?”
“Hanna, kawan kau tu. Dia tu dah berpunya ke belum?”
“Setahu aku tak ada. Kenapa? Berminat ke?”
“Ya, dan aku nak kenal dia lebih rapat lagi!”
Adakah Ian masih juga teragak-agak apabila melihat sikap Jay yang tegar ingin menambat hati Hanna? Dan Hanna pula, dapatkah dia mencari cinta abadi yang dirindunya?