Sekuat Bunga Ditiup Angin

ISBN: 9789674692063
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,KARYASENI
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 470

‘Bunga yang paling cantik tidak semestinya yang berkembang mekar. Bintang yang paling jauh, tidak seharusnya paling sukar digapai.’ “Kau… Kau anak terbiar. Kau tiada ibu dan ayah. Mereka ke luar negara, tapi kau ditinggalkan. Dijaga oleh orang gaji saja. Sebab itu kau budak terbiar. Anak yang tidak diingini mak bapak!” PERIT buat Aki Maylea apabila dirinya dikenali sebagai anak terbiar. Tapi memang benar. Ayahnya, Ghaffar hanya akan memberinya buku setiap kali balik dari luar negara. Kemudian dia akan ditinggalkan sekali lagi berbulan-bulan lamanya. Hidupnya hanya ditemani dengan si abang, Anmar dan juga buku pemberian Tuan Ghaffar. Kehadiran Penin pula umpama satu mantera. Mantera yang mengejutkan Aki dari sebuah dunia sepi di kediaman Tuan Ghaffar. Namun disebabkan satu peristiwa, akhirnya hidup Aki Maylea berubah. “Kau harus pisahkan kedua-duanya, Ghaffar.” - Datuk Zaharic “Tak mungkin. Itu mustahil.” - Tuan Ghaffar “Apa halangannya?” - Datuk Zaharic “Aki.” - Tuan Ghaffar Anmar tiba-tiba menghilang. Sekali lagi Aki rasa kosong dan sunyi. 10 tahun dia mengerekot kesedihan. 10 tahun yang terlalu lama. Hatinya sudah sebal dalam penantian. Kemunculan Anmar semula membuatkan seluruh keluarga Tuan Ghaffar gempar. Namun ada sesuatu yang tidak kena pada Anmar. “Kalau aku terus tinggal di sini, aku akan mati. Aki…” - Anmar “Apa yang kau cakap ini tak masuk akal, Anmar.” - Aki Maylea “Kau akan dihalang. Setiap perlakuanmu akan diawasi, Aki. Hidupmu seperti dipenjara, fikiranmu akan dibasuh. Kau akan lupa tentang diri sendiri, tentang siapa kau yang sebenarnya.” - Anmar Itulah kata-kata terakhir Anmar sebelum ditemui mati keesokan harinya. Dan apa yang menghairankan, keluarganya hanya mengatakan Anmar bunuh diri. Aki berazam akan membongkar misteri kematian Anmar. Ada sesuatu yang tidak kena dan sengaja disorok semua orang. Cebisan kertas di dalam genggaman Anmar menguatkan lagi semangatnya. Satu demi satu rahsia borok keluarganya tersingkap. Terlalu banyak yang disorok demi melindungi ‘seseorang’. Berjayakah Aki Maylea membongkar misteri? “Kau buat apa saja, Aki. Tapi ingat, ayah tak jamin kau akan kembali gembira dengan apa yang kau temui nanti.” – Tuan Ghaffar

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)