Si Baju Kurung Kasut Kanvas (Novel Diadaptasi ke Drama)
Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages,
Sebuah novel penceritaan yang ringan, comel, dan menghiburkan. Mengisahkan watak Suria Rihana yang tidak pandai melawa, minatnya hanya berbaju kurung dan berkasut kanvas sahaja, hingga dianggap memalukan dan selekeh oleh Ibunya.
Watak heroin yang simple dan lain dari yang lain. Jalan cerita yang ringkas dan menarik. Bagaimana kisah pengakhiran konflik keluarga, dan cinta si gadis yang sempoi yang berbaju kurung berkasut kanvas?
Selalu kalau baca novel, watak heroin semua nak cantik cantik, bergaya, tapi untuk novel Si Baju Kurung Kasut Kanvas ini, watak heroinnya sangat lain dari yang lain. Bertubuh gempal, selalu memakai baju kurung dan kasut kanvas dan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada ibunya kerana ibunya fikir disebabkan penampilan anak gadisnya yang sebegitu membuatkan anak gadisnya tidak berjumpa jodoh lagi. Bahasa Umie Nazimah ini memang santai. Tidak terlalu berat. Jalan penceritaan yang mengisahkan kehidupan makcik bawang yang jahat mulut memang berlaku disekitar kita. Sangat menarik untuk dibaca dan banyak pengajaran yang boleh kita dapat dalam membaca novel ini.
Suka bahagian typical mak cik-mak cik kepoh di kampung yang nak bertanding siapa paling kaya, siapa paling gah dan siapa yang mempunyai menantu yang paling cantik.
Satu karya yang harus dimiliki. Suka dengan penyampaian dan olahan Umie Nadzimah. Kisah ni agak sedih, betapa hebat Suria Rihana menahan perasaan bila difitnah, bila emak sendiri bagaikan tidak suka padanya dan bila adik beradik lebih percaya kata-kata dari mulut orang lain dari menanyakan sendiri pada dirinya tentang kebenaran.