Tersungkur Ke Hati Awak!
Publisher,Intens Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 488
SEKALI pandang, jiwa terus tersungkur jatuh suka kepada si duda. Suka punya pasal sampai tersadung dan tergolek. Sengaja Meilani poyo untuk dijadikan alasan biarpun Edith Rizqi berangin macam Mentos!
“Kenapa aku nak kena kahwin dengan kau?”
“Abang Edith dah tengok aurat Meil tau! Dalam keadaan Meil tak rela.”
“Jangan lupa bagi saiz jari,” pesannya sekali lagi pada Meilani.
“Mana Meil tahu saiz jari. Tak pernah beli cincin la,” jujurnya. Tak selindung langsung.
“Habis tu macam mana nak beli?” Terketap-ketap gigi dan bibir berleter. Geram pula dengan Meilani.
“Sebab tu Meil ajak pergi sekali. Jual mahal betul la! Anak raja punya hantaran pun boleh kalah mahal dia dengan Abang Edith ni!”
Ha, mula nak jadi anjing dan kucing.
“Malam ni potong jari manis kau, esok pos ke alamat rumah aku. Nanti aku bawa pergi kedai emas, buat sampel beli cincin.” Ayat pemisah Edith buat Meilani langsung tak romantik! Eee, macam mana aku boleh jatuh hati dengan Si Mentos ni eh? Tak ada jiwa sang pencinta langsung! NAMUN tidak mudah bagi Meilani tatkala si bekas isteri mula merapati Encik Mentos…
Jatuh tergolek berkain batik adalah momen indah yang tercipta yang membuatkan Edith terjatuh cinta dengan Meilani tapi kerana ego 'rasa' itu cuba ditepis jauh. Namun seorang Meilani memang tidak mengenal erti kalah meraih cinta Encik Mentos yang manis berangin. Jalan cerita yang santai tetapi menenangkan ibarat makan gula-gula mentos.