Untuk Awak Teja Aulia
Publisher,Manes Wordworks
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 372
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan ‘tergelincir’ – terlebih suka!
I
“Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri.”
“Siapa? Pacai?” balas mak, sarkastik. Pacai tu teman serumah, sahabat dunia akhirat.
“Anak Cik Fizah...” kata mak lagi.
“Makkk...” Adil mula memprotes. “... nanti adik pandai la cari sendiri. Mak jangan nak buat apa-apa.”
“Iya. Tapi kalau sampai tahun depan tak ada bayang-bayang lagi...?” ugut mak.
Hatinya sudah terlanjur ‘tergelincir’ pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa.
II
Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu ‘dihibakan’ apabila Adil guna kata ganti diri ‘saya’. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang dulu?
Adil hanya akan sebut ‘saya’ pada perempuan yang dia ‘tak berapa kenal’; ‘tak berapa biasa’; ‘tak berapa sayang’. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu!
Nampaknya hubungan dia dengan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi.
"Sekiranya terasa ingin muda ceria, bacalah cerita-cerita Syud. Untuk Awak Teja Aulia mengembalikan kenangan pada waktu media sosial dan gajet tidak secanggih sekarang; dan Aulia – Adil berjaya mengatasinya, syabas!" – Noor Suraya, Editor