Trending Now...
Grab the hottest titles everyone's talking about!
![[PRE-ORDER] - Careless People: A Story of where I Used to Work (Hardcover) US Ed. (Expected 30/4/25) - MPHOnline.com](http://mphonline.com/cdn/shop/files/9781250391230_mphbooks_Careless_People_A_Story_of_where_I_Used_to_Work.jpg?v=1742013129&width=480)
Coming Soon
Pre-Order Now
![[PRE-ORDER] - Every Moment Was You: Notes on Loving and Parting (Expected 15/05/2025) - MPHOnline.com](http://mphonline.com/cdn/shop/files/9780349443515_EveryMomentWasYou_mphbooks.jpg?v=1745221665&width=480)



School Revision
Explore our comprehensive collection of revision textbooks designed to enhance your learning experience.
This Week's Top Bestsellers
The Hottest Reads You Can't Miss!


Rahsia Danny by Teme Abdullah
**Sebuah Dwilogi Bayang Sofea yang terjual 100,000 naskhah dalam 6 bulan.**
Dalam Rahsia Danny, pembaca tidak sekadar membaca, tetapi mereka akan diseret masuk ke dalam pusaran misteri, diburu suspens, dan dihantui konspirasi. Bersama Danny, satu demi satu rahsia lama terbongkar mengenai kisah keluarga, persahabatan, dan masa silam yang tidak pernah padam.
***
“Sofea, ingat tak dulu saya pernah cakap, kalau ada peluru menuju ke arah awak, I’ll make myself as your shield?”
“Tapi awak ingat tak apa yang saya cakap lepas tu? Saya pun sanggup buat benda yang sama.”
***
Danish Coelho Ilyas memiliki segalanya. Atlet tinju tersohor, kaya, popular. Tapi untuk mencapai setiap kejayaannya tidak mudah.
Dalam diam, dia terlibat dengan organisasi misteri yang menuntut kesetiaannya. Kerana merekalah, nama Danny terkenal ke persada dunia. Walau berisiko, Danny tidak gentar, bahkan langkahnya semakin yakin. Kesetiaan Danny tidak pernah dipersoal.
Namun apabila Danny bertemu semula Sofea, cinta lamanya, dia dituntut untuk melakukan pengorbanan yang dahsyat, demi kejayaan yang lebih besar. Jika dia perlu mempertaruhkan segalanya, jalan manakah yang akan dipilih?
Barangkali semuanya telah dirancang sejak awal. Dan yang akan menang ialah yang paling hebat merancang.
***
Teme Abdullah (Penulis)
Teme Abdullah ialah seorang penulis dan pelukis Malaysia yang dikenali melalui karya-karya inspirasi dan penuh nilai kehidupan. Walaupun identitinya tidak didedahkan secara terbuka, Teme berjaya membina komuniti pembaca yang setia melalui gaya penulisan yang jujur, menyentuh hati, dan penuh pengajaran. Antara buku popular beliau termasuk Bayang Sofea, Arkitek Jalanan, Impian Jalanan, dan Pelukis Jalanan yang banyak memberi motivasi kepada golongan muda untuk terus berusaha mencapai impian walau dalam apa jua keadaan.
Dimension: 190mm * 125mm